Sumbat mayat isteri dalam beg pakaian

Polis Perancis melancarkan siasatan susulan penemuan mayat seorang wanita dalam beg pakaian dan menahan suami mangsa.
Polis Perancis melancarkan siasatan susulan penemuan mayat seorang wanita dalam beg pakaian dan menahan suami mangsa.
A
A
A

LYON - Seorang lelaki ditangkap di Alps, Perancis semalam selepas polis menemui mayat isterinya disumbat dalam beg pakaian di bahagian bonet belakang kereta.

Semasa pemeriksaan, dua anak pasangan terbabit duduk di bahagian belakang, kata sumber.

Suspek merupakan warga Perancis dan memiliki rekod jenayah.

Dia ditahan di Doussard di wilayah timur Haute Savoie.

Kedua-dua kanak-kanak berumur enam dan tujuh tahun itu berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan, tambah sumber itu.

Keluarga yang tinggal di Perancis itu dalam perjalanan pulang dari Itali, kata laporan dalam akhbar Parisien.

Susulan itu, siasatan kes pembunuhan telah dilancarkan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!