Polis Marin rampas 25 pukat bubu naga di Sekinchan

PPM Pelabuhan Klang mengesan kegiatan penggunaan pukat bubu naga dipercayai dilakukan nelayan warga asing di Perairan Laut Sekinchan, Sekinchan, semalam.
PPM Pelabuhan Klang mengesan kegiatan penggunaan pukat bubu naga dipercayai dilakukan nelayan warga asing di Perairan Laut Sekinchan, Sekinchan, semalam.
A
A
A

SEKINCHAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menggagalkan kegiatan penggunaan pukat bubu naga yang dipercayai didalangi nelayan warga asing menerusi Op Pintasan di perairan Sekinchan, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, kegiatan itu dikesan pihaknya kira-kira jam 8.30 pagi selepas mengesan sebuah bot mencurigakan.

"Bot dipercayai dinaiki dua lelaki warga asing itu bagaimanapun enggan berhenti sebelum memecut ke kawasan tepi pantai.

"Nelayan terbabit bagaimanapun berjaya meloloskan diri ke dalam hutan bakau," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kira-kira 25 pukat bubu naga serta pelbagai jenis hasil tangkapan ikan seberat lima kilogram.

Katanya, pihaknya merampas bot bersama enjinnya bernilai RM20,000 dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, dalam kes berlainan, seorang tekong warga tempatan berusia 37 tahun ditahan mengikut Akta Perkapalan Saudagar 1952 kerana mengendalikan bot tanpa lesen.

"Tangkapan dibuat di perairan Sungai Kuala Selangor kira-kira jam 10 pagi, semalam susulan pemeriksaan sebuah bot penumpang.

Artikel Berkaitan:

"Kes telah diserahkan kepada Jabatan Laut Malaysia Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!