Masjid Abidin lokasi utama di Terengganu

431910
431910
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Buat julung kalinya, Masjid Negeri Terengganu iaitu Masjid Abidin akan menjadi lokasi utama penganjuran Malaysia #QuranHour 2019 peringkat negeri yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini.

Pengurus Rumah Ngaji Kuala Terengganu, Aziemah Azmi berkata, pemilihan masjid negeri itu adalah bertepatan dengan program berkenaan di samping mengimarahkan masjid dengan aktiviti keagamaan.

Bertemakan 'Pesan Kemerdekaan Surah al-Kahf' program itu akan berlangsung selama sejam bermula jam 11 pagi.

“Program tahunan ini kita buat di beberapa lokasi, namun untuk Terengganu, Masjid Abidin menjadi lokasi utama dengan sasaran 1,000 peserta daripada kalangan masyarakat setempat dan juga wakil-wakil jabatan.

“Kita juga ingin mengambil peluang untuk menyeru orang ramai untuk turut sama menjayakan program ini. Tidak lama, hanya sejam untuk kita sama-sama membaca al-Quran dan bertadabbur bersama-sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Aziemah, bagi menyemarakkan lagi Malaysia #QuranHour, pihaknya akan meminta kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi membantu mempromosikan program berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!