Politeknik Mersing cipta sejarah jadi Rumah Ngaji pertama di Mersing

Antara pihak yang menjayakan #QuranHour PolyCC bersempena Festival al-Quran di Hatiku Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia di Mersing semalam.
Antara pihak yang menjayakan #QuranHour PolyCC bersempena Festival al-Quran di Hatiku Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia di Mersing semalam.
A
A
A
MERSING - Politeknik Mersing mencipta sejarah apabila menjadi salah sebuah Rumah Ngaji pertama di politeknik dan di daerah itu.

Pengarah Politeknik Mersing, Hassan Siraj berkata, beliau amat berbangga dengan pengiktirafan tersebut yang mana diharapkan dapat dimanfaatkan untuk dijadikan sebuah pusat komuniti.

Menurutnya, penganjuran #QuranHour PolyCC merupakan usaha yang wajar dipuji kerana ia merupakan kempen mengajak dan menggalakkan orang ramai supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama meluangkan masa dan waktu mengikuti dan seterusnya menghayati majlis #QuranHour PolyCC bersempena Festival al-Quran di Hatiku Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (FAQEH 2.0).

“Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa penganjuran #QuranHour PolyCC dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf kerana telah berjaya menganjurkan program ini.
Artikel Berkaitan:


“Melalui program ini kita juga dapat meneruskan kesinambungan menyemai amalan baik menerusi aktiviti membaca, bertadabbur dan menghayati intipati surah al-Kahf sebagai tema pada tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini semalam.

Katanya, secara tidak langsung, kempen mengajak berinteraksi dengan al-Quran melalui penganjuran #QuranHour PolyCC mampu

menaikkan imej Islam dan menyuntik semangat untuk mendalami, menghayati ajaran yang terkandung di dalamnya. Terdahulu, perasmian FAQEH 2.0 yang berlangsung di Politeknik Mersing itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd Rahman selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!