Kalau ALLAH dah satukan saya aminkan: Kamal Adli
Bercakap kepada Sinar Harian, Ahmad Kamal Ahmad Adli, berkata, bagaimanapun status hubungan mereka kini hanya sebagai kawan.
"Mungkin ada perkara yang macam tak menjadi. Andai ada jodoh ALLAH tetapkan dengan dia, susah atau jauh, kalau ALLAH dah satukan, saya aminkan perkara itu.
"Saya hanya boleh berdoa dan tidak menolak dijodohkan dengan dia," ujarnya jujur.
Kamal ditemui ketika siri jelajah Drama Sangat di Mydin Bertam, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Tambah pelakon drama Jika Masih Ada Rindu ini lagi, meski sudah tiada ikatan cinta, namun mereka masih berhubung seperti biasa.
"Cuma dalam keadaan sekarang ini mungkin masing-masing tengah fikir fasal kesilapan atau buat haluan sendiri dahulu.
"Pun begitu kami masih berhubung macam biasa. Bahkan saya pun tak ada siapa-siapa dan tak silap saya begitu juga dengan dia.
"Jadi, begitulah... kami faham situasi yang sedang berlaku akan tetapi tak boleh nak bercerita apa masalah tu sebenarnya," tambahnya.
Dalam pada itu, Kamal mengakui dia tidak mempunyai teman pengganti dan atas apa sebenarnya yang telah berlaku biarlah menjadi rahsia antara mereka berdua.
"Kami masing-masing tak letakkan harapan sebab tak mahu nanti sama-sama sakit balik.
"Lagipun, usia kami juga dah meningkat. Kalau ada apa-apa berlaku hanya kami berdua sahaja yang faham dan tak dedahkan cerita yang sebenarnya berlaku.
"Kalau tiada jodoh saya doa yang baik-baik sahaja dan saya nak orang ramai pun turut mendoakan yang sama," luahnya.
Mengenai drama terbaharu arahan Feroz Kadir, Kamal bergandingan dengan Siti Saleha selaku watak utama.
Ia akan ditayangkan bermula 22 November ini jam 10 malam menerusi slot Samanrinda TV3.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!