Gimik bunuh Trump tular, Senator Demokrat mohon maaf
WASHINGTON - Seorang Senator Amerika Syarikat (AS) memohon maaf apabila acara mengumpul dana politik anjurannya di pinggir Winfield pada Jumaat lalu dihiasi gimik pembunuhan Presiden Donald Trump.
Gambar gimik pembunuhan itu mengundang kemarahan orang ramai selepas ia dimuat naik ke laman media sosial.
Dalam gambar tersebut, seorang lelaki dilihat mengacukan sepucuk pistol mainan ke arah lelaki lain yang memakai topeng Trump.
Senator Illinois, Martin Sandoval berkata, insiden itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia menggalakkan keganasan.
"Saya memohon maaf bahawa insiden seperti itu berlaku pada acara saya," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Republikan Illinois, Tim Schneider menyifatkan permohonan maaf Sandoval sudah terlambat.
"Imej yang dipaparkan sangat berbahaya. Ia juga mungkin memberi inspirasi kepada pesakit mental untuk mencederakan Presiden Trump.
"Saya tidak pasti individu yang melakonkan gimik tersebut adalah pegawai atau sebahagian daripada anggota kempen Sandoval.
"Jika benar, Sandoval patut pecat mereka kerana menggalakkan keganasan," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!