9 jam belum selesai rekod keterangan Zakir Naik

Penceramah bebas, Dr Zakir Naik masih berada di dalam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman biarpun proses merekod keterangannya telah mengambil masa lebih sembilan jam.
Penceramah bebas, Dr Zakir Naik masih berada di dalam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman biarpun proses merekod keterangannya telah mengambil masa lebih sembilan jam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendakwah, Dr Zakir Naik masih berada di dalam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman biarpun proses merekod keterangannya telah mengambil masa lebih sembilan jam berhubung kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Sehingga jam 12.20 tengah malam, Zakir yang juga pemegang taraf Penduduk Tetap (PR) masih belum dilihat keluar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, penceramah terbabit tiba ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Bukit Aman pada jam 3.15 petang tadi bersama peguamnya Datuk Akhberdin Abd Kader.

No Image Caption

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam.

"Proses menyambung rekod percakapannya dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, polis telah merekod keterangan Zakir pada Jumaat lalu di Bukit Aman sebelum bersambung pada hari ini.

Zakir dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos lalu dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu di negara ini lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, berbanding Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad selain dikatakan membuat kenyataan kritis terhadap kaum Cina.

Susulan itu, polis menerima 115 laporan berkaitan kes terbabit.

Namun, pada Rabu lalu, Dr Zakir dalam satu kenyataan media mendakwa ceramahnya disalah tafsir dan sengaja diputar belit pihak tertentu dengan tujuan mempolitikkan isu terbabit dan berniat jahat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!