Lebih 10 jam rekod keterangan Zakir Naik

Zakir hadir ke Bukit Aman pada jam 3.15 petang sebelum keluar pada jam 1.30 pagi tadi untuk proses merekod keterangan berhubung kenyataan kontroversinya baru-baru ini.
Zakir hadir ke Bukit Aman pada jam 3.15 petang sebelum keluar pada jam 1.30 pagi tadi untuk proses merekod keterangan berhubung kenyataan kontroversinya baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendakwah, Dr Zakir Naik keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas mengambil masa lebih 10 jam bagi proses merekod keterangan berhubung kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Zakir yang juga pemegang taraf Penduduk Tetap (PR) dilihat keluar pada jam 1.30 pagi tadi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, penceramah terbabit tiba ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Bukit Aman pada jam 3.15 petang bersama peguamnya Datuk Akhberdin Abd Kader.

"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam.

"Proses menyambung rekod percakapannya dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Zakir hadir ke Bukit Aman pada jam 3.15 petang sebelum keluar pada jam 1.30 pagi tadi untuk proses merekod keterangan berhubung kenyataan kontroversinya baru-baru ini.
Zakir hadir ke Bukit Aman pada jam 3.15 petang sebelum keluar pada jam 1.30 pagi tadi untuk proses merekod keterangan berhubung kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Terdahulu, polis merekod keterangan Zakir pada Jumaat lalu di Bukit Aman sebelum bersambung pada hari ini.

Zakir dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos lalu dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu di negara ini lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, berbanding Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad selain dikatakan membuat kenyataan kritis terhadap kaum Cina.

Susulan itu, polis menerima 115 laporan berkaitan kes terbabit.

Namun, pada Rabu lalu, Zakir dalam satu kenyataan media mendakwa ceramahnya disalah tafsir dan sengaja diputar belit pihak tertentu dengan tujuan mempolitikkan isu terbabit dan berniat jahat.

ARTIKEL BERKAITAN: 9 jam belum selesai rekod keterangan Zakir Naik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!