Dua pekerja kilang ditahan miliki dadah
PENDANG - Dua pekerja kilang memiliki dadah ditahan polis yang membuat rondaan di jalan Batu Hampar di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, dadah di dalam satu peket plastik lut sinar itu ditemui selepas memeriksa dua buah beg.
"Dua lelaki yang mencurigakan duduk di atas sebuah motosikal jenis Demak EVO Z berwarna hitam diperiksa selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.
"Kita menjumpai satu beg kecil hitam berzip berisi epeket plastik lut sinar mengandungi ketulan jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 1.30 gram di dalam poket seluar bahagian belakang sebelah kiri," katanya.
Menurutnya, beg hitam di dalam bakul motosikal turut dilakukan sebelum menjumpai empat peket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan putih disyaki dadah jenis heroin seberat 97.70 gram.
"Kesemua dadah dianggarkan bernilai RM3,070 itu dirampas dan kedua-dua individu berusia 24 dan 27 tahun yang turut positif dadah itu ditahan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 38B dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!