Jualan model nasional pemacu utama industri auto
JUMLAH jualan kereta nasional akan terus menjadi pemacu utama dalam ruang automotif tempatan.
AmInvestment Bank dalam kenyataannya berkata, menerusi pelancaran Saga baru-baru ini, mereka percaya Proton dapat akan dapat mengekalkan momentum jumlah jualannya bagi tempoh berbaki tahun ini.
"Kami juga menantikan CKD X70 pada November, dengan pengurusan DRB-Hicom membayangkan bahawa harga SUV yang popular itu akan dikurangkan," kata AmInvestment Bank dalam notanya hari ini.
Menurut laporan media baru-baru ini, Proton mencatatkan jumlah jualan sebanyak 860,000 unit pada Julai atau 16.5 peratus penguasaan pasaran bagi bulan itu, dan kira-kira 15 peratus berdasarkan asas tahunan setakat ini (YTD).
Proton menjual 52,200 unit sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu pertumbuhan 48 peratus tahun ke tahun.
Sementara itu, pada Julai 2019, jumlah jumlah industri (TIV) meningkat 20 peratus bulan ke bulan namun merosot 26 peratus tahun ke tahun kepada 50,900 unit.
Bagi tujuh bulan pertama 2019 TIV turun 3.0 peratus kepada 347,200 unit daripada 358,100 unit pada tempoh sama tahun lalu.
"Walaupun kami masih belum menerima angka rasmi dari Persatuan Automotif Malaysia ke atas jenama lain dan pecahan jumlah industri, kemungkinan besar Proton mengatasi Honda dan menduduki tempat kedua dalam penguasaan pasaran YTD.
"Dengan momentum dan penyerahan berterusan model berorientasikan jumlah seperti Persona dan Iriz, kami yakin Proton akan menduduki tempat kedua menjelang akhir 2019, di belakang Perodua," kata AmInvestment Bank.
Bank pelaburan itu menaikkan kedudukan sektor automotif kepada ‘tinggi’ susulan sarananya ke atas Sime Darby yang dinaikkan baru-baru ini kepada ‘beli’.
“Kami percaya penilaian saham tidak mencukupi pada paras semasa, dan kami kini mencadangkan beli berdasarkan harga saham yang lemah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!