Lumba dron untuk erat perpaduan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Perlumbaan dron mungkin belum popular di Malaysia namun telah wujud beberapa komuniti atau peminat lumba dron yaang bergiat aktif membangunkan sukan itu.

Sehubungan itu satu perlumbaan dron telah diadakan di padang Majlis Perbandaran Kota Bharu semalam sempena Minggu Sains Negara peringkat negeri Kelantan di mana Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bertindak sebagai agensi pelaksana.

Tiga pemenang utama pertandingan itu Adam Huzairi,18, Mohd Fitri Rizal, 39, dan Lau Yoke Wee, 30, ketika ditemui Bernama berkata, menerbangkan dron menjadikan menjadikan hubungan mereka semakin erat kerana mereka berkongsi minat yang sama.

“Kami menzahirkan perpaduan dan semangat merdeka melalui keakraban persahabatan dan rasa memerlukan antara satu dengan lain dan hubungan akrab yang terjalin ini menjadi manifestasi mengekalkan kemerdekaan.

“Hubungan sesama kami bukan sekadar di alam maya. Kami keluar makan bersama dan berbincang mengenai hobi ‘GP Drone’, memasang dan mencari alat ganti selain membuktikan sukan ini walaupun mahal, ia boleh dinikmati semua orang kerana mereka boleh mendapatkan dari rakan sekomuniti dengan harga yang lebih murah,” kata Mohd Fitri.

Bagi Adam, sungguhpun ada yang cuba menabur api perpecahan kaum kebelakangan ini, ia tidak sedikitpun menggugat hubungan akrab dalam komuniti yang mereka sertai.

“Komuniti kami tidak besar, tapi cukup jika dikatakan kami sudah bertapak di semua negeri dari Perlis hingga ke Johor, Sabah dan Sarawak dan bila berkumpul, keakraban sesama kami amat ketara walaupun hanya berhubungan di media sosial,” katanya.

Lau pula berkata tiada Melayu, Cina, India, Kadazan tetapi bangsa Malaysia yang sentiasa berusaha mengekalkan keharmonian komuniti bersama.

Artikel Berkaitan:

“Paling mudah, kami golongan muda yang berfikiran terbuka... sentiasa berkongsi maklumat, pendapat dan peralatan yang diperlukan untuk menghidupkan e-Sport.

“Saya sendiri menaja Adam baik dari segi mendapatkan alat ganti yang diperlukan dalam menyiapkan drone, memastikan dron yang dipasang boleh terbang dengan sempurna, kerana dron yang digunakan dipasang sendiri dan bukannya siap dipasang oleh pengeluar,” katanya yang berasal dari Sarawak.

Mereka bertiga juga sependapat e-Sport bukan sahaja untuk sukan tetapi juga jendela untuk hubungan baik antara negara terutama negara yang aktif dengan sukan e-sport. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!