Ibu, dua anak terjatuh bangunan
KUALA LUMPUR - Seorang wanita bersama dua anaknya dilaporkan terjatuh dari sebuah pangsapuri di Taman Kepong di sini petang semalam.
Mangsa berusia 34 tahun dan anak perempuannya berusia 7 tahun cedera parah, manakala anak lelakinya berusia 6 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa sekeluarga tidak menduduki pangsapuri itu.
"Motif kejadian belum dikenal pasti dan siasatan menjurus kepada pelbagai aspek.
"Kedua-dua mangsa kini dalam keadaan sedar dan masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!