Kontraktor Kelas F berisiko gulung tikar
KUALA TERENGGANU - Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF) Terengganu menggesa kerajaan membatalkan keputusan membuka semula lesen kontraktor G1 bermula 1 September depan.
Yang Dipertuanya, Che Lok Yusof berkata, dengan keadaan kekurangan projek dihadapi sekarang, lebih 2,500 kontraktor kelas F sedia ada di negeri ini berdepan dengan risiko gulung tikar sekiranya keputusan itu diteruskan.
“Kontraktor di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sahaja ada lebih kurang 600 orang. Bayangkan projek hanya ada tujuh untuk dicabut undi tapi yang datang lebih 165 kontraktor.
“Bagaimana kami mahu cari makan dengan keadaan begini, projek kurang tapi masih mahu keluarkan lesen baharu, ini tidak logik akal,” katanya.
Menurutnya, keadaan kontraktor kelas F kini begitu tenat berikutan projek yang begitu terhad hingga memaksa sebahagian besar mereka menjual lesen kepada pihak lain bagi meneruskan hidup.
ARTIKEL BERKAITAN: Kontraktor Bumiputera Kelas F ditindas?
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!