Myra Putra: Pangsapuri dengan kemudahan taraf kondo pada harga berbaloi
Kualiti kehidupan merupakan perkara yang sering kali dipersoalkan memandangkan kebanyakan rumah mampu milik agak kecil dengan koridor yang sempit dan kurang pencahayaan, lebih banyak menggunakan tangga berbanding lif dan tiada ruang untuk kanak-kanak bermain atau untuk komuniti setempat berkumpul.
Kini, golongan muda yang ingin mendapatkan rumah pertama boleh memilikinya menerusi projek rumah mampu milik yang diperkenalkan oleh syarikat pemaju perumahan, Oriental Interest Bhd (OIB).
Syarikat ini mengubah cara rumah mampu milik dibina dengan membangun Myra Putra, perumahan berpagar dan dilindungi di bawah Skim MyHome Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Myra Putra berkonsepkan pangsapuri kos sederhana terletak di Desa Pinggiran Putra, Kajang, memaparkan konsep rumah mampu milik yang lain dari kebiasaan.
Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) hampir RM60 juta, Myra Putra dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022.
Menurut Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran OIB, Wendy Lim, pembangunan baharu ini dibina di atas tanah berkeluasan 2.2 hektar yang menawarkan kesejahteraan dan keriangan kepada penduduknya.
"Kediaman dijual pada harga RM299,800 seunit itu berkeluasan 920 kaki persegi dengan dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air,” katanya.
Harga 15 peratus lebih rendah
Beliau berkata, Myra Putra menawarkan harga yang lebih rendah berbanding kediaman lain, meskipun lokasinya tidak jauh dari Putrajaya.
"Walaupun terletak tidak jauh dari pusat bandar Putrajaya, harga Myra Putra adalah 15 peratus lebih rendah berbanding harga rumah yang sering ditawarkan dalam kawasan Putrajaya untuk satu kaki persegi.
Menurut Wendy, terdapat tiga faktor yang dicari pemilik rumah daripada golongan muda iaitu harga rumah yang berpatutan, ruang kehidupan yang menarik serta lokasi sesuai untuk seisi keluarga."Myra Putra merupakan pilihan yang terbaik untuk golongan muda yang berkeluarga mahupun bujang memiliki kediaman pertama,” katanya.
"Kawasan ini menjadi lokasi pilihan bagi kebanyakan pembeli golongan muda memandangkan ia berdekatan dengan Putrajaya, mempunyai jalan hubungan ke jalan raya yang baik dan kawasan hijau yang agak luas,” katanya.
Tambahnya, matlamat syarikat adalah untuk memberikan yang terbaik kepada kehidupan penghuni di sini serta menitikberatkan nilai pelaburan untuk mereka.
"Kami memberikan perhatian dan menumpukan pelaburan kami untuk rekaan, kemudahan dan ruang awam yang kebiasaannya tidak dapat diperoleh di rumah mampu milik yang lain.
"Sambil menikmati rebat RM30,000 di bawah skim ini, pembeli boleh menjangkakan kehidupan yang berkualiti dengan adanya rekaan yang menarik, koridor yang terang dan luas serta kemudahan bertaraf kondo,” katanya.
Kemudahan eksklusif
Menurut Wendy, Myra Putra dilengkapi dengan pagar dan pengawal keselamatan, serta direka dengan reka bentuk unik beserta warna menarik dan dilengkapi dengan rumah kelab yang sesuai untuk aktiviti riadah sambil melihat kanak-kanak bermain.
"Bukan sahaja dilengkapi memiliki lif, kemudahan bertaraf kondo ini juga mempunyai ruang untuk aktiviti luar, taman permainan yang dilengkapi dengan trampolin, platform persembahan, ruang sambutan, bilik permainan dan gim yang terletak di dalam rumah kelab,” katanya.
Selain itu, Myra Putra turut membawakan citarasa eksklusif kerana ia terletak di kawasan berkepadatan rendah dengan hanya 200 unit pangsapuri melibatkan dua blok, yang mempunyai lima aras setiap satu, dan hanya 20 unit rumah untuk setiap aras.
Katanya, golongan muda mempunyai pilihan untuk memiliki pangsapuri mampu milik dengan kemudahan bertaraf kondo dengan memilih Myra Putra sebagai kediaman.
"Mengapa anda ingin menyewa, kalau anda boleh mempunyai rumah sendiri? Inilah persoalan utama yang ingin kami ajukan kepada semua pembeli rumah pertama.
"Jadi, mengapa menyewa kalau anda boleh memiliki sebuah pangsapuri di Myra Putra dengan harga yang sangat berpatutan," katanya dengan memaklumkan, Myra Putra kini dibuka untuk tempahan."Dengan Myra Putra, anda kini boleh memiliki sebuah pangsapuri mampu milik yang dilengkapi dengan kemudahan bertaraf kondo dengan harga 15 peratus lebih rendah untuk satu kaki persegi di kawasan ini dan ansuran bulanan yang tidak lebih daripada RM1,500, berbanding harga sewaan RM1,200 yang merupakan antara yang terendah di kawasan ini.
Beliau berkata, sehingga kini sebanyak Myra Putra mencapai 40 peratus kadar pembelian dan bakal dilancarkan pada penghujung September 2019.
Jaringan jalan raya terbaik
Myra Putra terletak di lokasi strategik yang berdekatan dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta serta berhampiran dengan sekolah rendah dan menengah.
Antaranya, Universiti Malaysia Kejuruteraan Komputer dan Kejuruteraan (UNIMY), Universiti Heriot-Watt Malaysia, Universiti Lim Kok Wing, Universiti Multimedia, Institut Perancis Malaysia (UNIKL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Universiti Kebangsaa Malaysia (UKM), SM Vokasional Sepang, Sekolah Antarabangsa Sekolah Antarabangsa Hijau Greenview, dan Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra.
Ia turut dihubungkan dengan rangkaian lebuh raya seperti Lebuhraya Kajang Silk (SILK), Lebuhraya Ekpress Lingkaran Tengah (ELITE),Projek Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), Maju Expressway (MEX) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!