Intan Najuwa dedah pilih suami jarak usia 16 tahun
PELAKON, Intan Najuwa, 22, selamat mengikat tali pertunangan bersama lelaki pilihan, Anwar Rusli, 38, di Hotel Thistle, Johor Bahru, pada 18 Ogos lalu.
Kata Intan, meskipun jarak usia mereka beza 16 tahun namun percintaan mereka bukan berdasarkan duit semata-mata.
"Lelaki di sebelah saya ini, dia yang menjadikan siapa saya hari ini. Kehadirannya memberikan inspirasi kepada saya untuk terus menjadi yang terbaik setiap hari. Dia seorang yang penyayang, menyokong dan memahami.
"Hari ini saya banyak terima komen. Duit? Izinkan saya bagitahu, cinta sebenar bukan kerana duit. Ia adalah bersandarkan respek, saling bertolak ansur, menjaga antara satu sama lain dan kepercayaan.
"Jadi, jangan sesekali menghakimi orang lain," dedahnya di Instagram.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!