Petua hilangkan sakit lutut
SAKIT lutut akan menjejaskan aktiviti harian anda termasuk bersukan. Ia memberi ketidakselesaan meskipun anda berbaring, duduk dan sebagainya.
Apa kata anda cuba petua semula jadi untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia.
Seperti kita tahu, halia adalah ubat yang sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang di dalamnya.
Bahan - bahan:
1 ketul halia
1 cawan air
Sedikit perahan jus lemon
Sedikit madu
Cara-cara membuatnya:
Hancurkan seketul halia.
Masukkan halia yang dihancurkan ke dalam secawan air.
Masukkan secawan air yang dicampur halia ke dalam periuk.
Didihkan selama 10 minit.
Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi.
Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
Kemudian masukkan satu camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon.
Kacau hingga sebati.
Selepas itu bolehlah diminum. Boleh minum dua hingga cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang
Selamat mencuba!
Sumber: Abang Terlajak Laris dan Facebook Azliza Talib
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!