PDRM larang Zakir Naik beri ceramah

Zakir
Zakir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan kepada semua kontinjen negeri melarang penceramah bebas, Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah bagi mengelakkan kontroversi yang berpotensi menimbulkan suasana tidak harmoni.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad.

Menurutnya, ini bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta berpotensi untuk menimbulkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

"Semua Ketua Polis Negeri telah diarahkan untuk memberi nasihat kepada pihak-pihak yang akan menganjurkan program melibatkan penceramah tersebut supaya menghentikan semua program berkenaan.

"Semua aktiviti melibatkan Dr Zakir di kontinjen adalah tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Zakir selesai memberi keterangan kali kedua kepada polis selepas lebih 10 jam menjalani proses itu di Bukit Aman, awal pagi tadi.

Beliau dipanggil ke Bukit Aman berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Jumaat lalu, Zakir memberi keterangan kali pertama kira-kira lima jam di Bukit Aman untuk membantu siasatan berhubung perkara itu.

Zakir dalam ceramahnya di Kota Bharu pada 3 Ogos lalu dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Zakir Naik mohon maaf, tak mahu salah faham berlanjutan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!