Zakir tidak dibenar ceramah di semua medium termasuk media sosial

Zakir Naik. Gambar kecil: Abdul Hamid
Zakir Naik. Gambar kecil: Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penceramah bebas Dr Zakir Naik tidak dibenarkan memberi ceramah di semua medium, termasuk di media sosial, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai.

“Satu arahan telah dikeluarkan polis yang melarang Zakir memberikan ceramah selanjutnya selepas episod di Kelantan baru-baru ini, yang bertujuan untuk memberikan waktu kepada kami untuk melengkapkan siasatan berhubung laporan pihak yang berkaitan dengan episod ceramah itu.

“Apabila keluarnya arahan ini, semua Ketua Polis Negeri akan bertanggungjawab menasihati pihak yang mempunyai perancangan, bagi menjemput Zakir untuk beri ceramah terbuka, supaya menolaknya,” katanya kepada Bernama.

Abdul Hamid berkata ceramah Zakir di Kelantan telah menimbulkan keresahan dan kekeliruan pelbagai pihak, dan pihaknya meminta diberi masa untuk menyiasat perkara itu.

“Kami akan dapatkan fakta-fakta yang sebenarnya, apa yang berlaku dalam kes berkenaan,” katanya. -Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Zakir Naik mohon maaf, tak mahu salah faham berlanjutan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!