Pengantin pakai baju sekolah, nyanyi lagu Negaraku

Lagu Negaraku turut dimainkan serta dinyanyikan pasangan pengantin ini.
Lagu Negaraku turut dimainkan serta dinyanyikan pasangan pengantin ini.
A
A
A

JENGKA - Uniform sekolah menjadi keunikan dan tarikan ketika majlis perkahwinan pasangan pengantin, Nurul Qhairyana Mohd Saman, 31, dan Muhammad Fardaus Abd Majid, 32, Sabtu lalu.

Berlangsung dengan meriah di Rantau Perintis, Bandar Jengka di sini, keluarga pengantin dan sebahagian tetamu tidak ketinggalan menjayakan tema 'Kembali ke Sekolah' yang menjadi pilihan pasangan berkenaan.

Nurul Qhairyana memberitahu, dia nekad memilih tema tersebut walaupun pada peringkat awal suaminya kurang bersetuju dengan pilihannya.

"Saya dan suami sebenarnya rakan sekolah ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2 dan kembali bertemu pada Ramadan lalu selepas sudah terpisah lebih 10 tahun sebelum ini.

Uniform sekolah menjadi keunikan dan tarikan ketika majlis perkahwinan pasangan pengantin, Nurul Qhairyana Mohd Saman, 31, dan Muhammad Fardaus Abd Majid, 32, Sabtu lalu. - Foto IHSAN PENGANTIN
Uniform sekolah menjadi keunikan dan tarikan ketika majlis perkahwinan pasangan pengantin, Nurul Qhairyana Mohd Saman, 31, dan Muhammad Fardaus Abd Majid, 32, Sabtu lalu. - Foto IHSAN PENGANTIN

"Suami kurang bersetuju kerana nak memakai persalinan songket, tapi selepas dipujuk dia bersetuju dan kami buat keputusan selepas makan beradab baru kami bertukar pakai songket," katanya kepada Sinar Harian.

Bekas perunding jualan itu berkata, dia juga bersyukur kerana kedua ibu bapanya, Mohd Saman Bastani, 55, dan Rozita Jantan, 54, serta ahli keluarga dan tetamu termasuk rakan sekolah memberikan sokongan dan tidak ketinggalan menjayakan tema tersebut.

"Untuk menambahkan lagi semangat, lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan ketika saya dan suami tiba untuk berarak.

Artikel Berkaitan:

"Majlis ini akan kekal dalam ingatan seumur hidup dan menjadi detik bersejarah buat saya dan suami," katanya bersyukur kerana majlis tersebut berjalan lancar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!