Seminar percuma untuk calon UPSR

Murid Sekolah Kebangsaan Jalan U3 Subang Perdana tekun mendengar ceramah disampaikan dalam program tersebut.
Murid Sekolah Kebangsaan Jalan U3 Subang Perdana tekun mendengar ceramah disampaikan dalam program tersebut.
A
A
A

SUBANG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jalan U3 Subang Perdana mengambil inisiatif untuk menganjurkan Seminar Take Charge of Yourself secara percuma khas buat murid sekolah berkenaan yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.

Ketua Biro Pendidikannya, Wan Mohd Irfan Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya mendapat idea bagi melaksanakan program tersebut untuk memberi semangat kepada murid-murid tahun enam yang baru sahaja menjalani ujian percubaan UPSR baru-baru ini.

Menurutnya, selepas mengadakan perbincangan bersama penceramah terlibat, pihak berkenaan bersetuju untuk mengadakan seminar secara percuma bagi membantu murid-murid di sekolah terbabit.

"Kebiasaannya jika kita bawa ahli akademik, sudah semestinya ia melibatkan kos sekitar RM300-RM400. Namun selepas perbincangan, pihak berkenaan menawarkan untuk mengadakan seminar secara percuma.

"Alhamdulillah, program ini mendapat sokongan baik daripada pihak PIBG dan sekolah," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Wan Mohd Irfan (empat dari kiri) bersama guru dan penceramah program tersebut.
Wan Mohd Irfan (empat dari kiri) bersama guru dan penceramah program tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Irfan berkata, lebih 100 murid sekolah terbabit mengikuti program itu yang bermula seawal jam 8 pagi.

Tambah beliau, pihaknya juga mengalu-alukan mana-mana ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang akademik atau kokurikulum untuk bersama pihak sekolah mengadakan program sebegini pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Kita amat berbesar hati jika ada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk bersama menyumbang kepada murid sekolah ini," katanya.

Dalam pada itu, penceramah, Nortifi Aini Abdul Wahid berkata, pihaknya terpanggil untuk memberi seminar secara percuma kepada murid sekolah terbabit yang bakal menghadapi UPSR pada bulan hadapan.

Menurutnya, masyarakat setempat perlu memberi sumbangan kepada sekolah bagi membentuk murid-murid untuk berjaya pada masa hadapan.

"Saya juga menyarankan pihak sekolah agar lebih terbuka menerima kepakaran dalam kalangan ibu bapa supaya mereka tidak perlu mengeluarkan kos yang besar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!