OKU acu parang pada bapa

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja kebun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas dakwaan melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan parang kepada bapanya, dua hari lalu.

Faizul Azhar Baharum, 45, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nor Azlina Aling.

Pegawai Pendakwa, V Muneswaran memohon mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 beserta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu bapanya selaku pengadu.

Dia yang merupakan OKU fizikal dilihat hadir ke mahkamah dengan bertongkat, merayu mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin kerana tidak mampu dan berpendapatan sekitar RM450 hingga RM500 sebulan, hasil berkebun.

Majistret kemudiannya membenarkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin bercagar dan ditegah mengganggu bapanya.

Pengurusan kes lantikan peguam ditetapkan 18 Januari depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!