Klinik antara tiga premis terbakar

Bomba memadam kebakaran - Foto Bomba (Kanan: Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa)
Bomba memadam kebakaran - Foto Bomba (Kanan: Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa)
A
A
A

AMPANG - Sebuah klinik antara tiga yang musnah dalam kebakaran di Jalan AU Taman Sri Keramat, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor terima panggilan kecemasan melalui talian Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor pada jam 8.15 malam seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

"Berlaku kebakaran melibatkan tiga buah kedai satu tingkat.

"Sebuah kedai dijadikan pejabat musnah 50 peratus dan klinik swasta musnah 10 peratus. Manakala sebuah bengkel musnah 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!