Suami hilang rupanya ikut tabligh
KUALA SELANGOR - Seorang lelaki, Mohd Azhari Hassan, 52, yang dilaporkan hilang semalam sebenarnya mengikuti aktiviti jemaah tabligh di sebuah masjid di Sungai Buloh.
Isterinya, Umi Salmah Mat Mukri, 42, berkata, suaminya yang menunggang motosikal kembali pulang ke rumah mereka di Tali Air 3 di sini jam 10. 30 malam tadi.
Menurutnya, seorang rakan suami berhubung dengannya melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan Mohd Azhari berada di masjid itu kira-kira jam 6 petang semalam.
"Saya menerima maklumat tentang suami ketika mengesan Mohd Azhari di beberapa lokasi sekitar Puncak Alam," katanya.
Umi Salmah berkata, ketika kejadian, Mohd Azhari tidak membawa telefon bimbit hingga menyukarkan perhubungan komunikasi.
"Alhamdulilah saya bersyukur kerana suami dah selamat pulang ke rumah.
"Terima kasih kepada semua pihak yang berusaha membantu mengesan dan mendoakan keselamatan suami," katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, seorang suri rumah buntu apabila suaminya tiba-tiba tidak pulang ke rumah selepas menghantar dua anak mereka ke sebuah hentian bas di Kuala Selangor awal pagi semalam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!