Pemandu treler maut tersepit
HULU SELANGOR - Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan berat itu berlanggar dengan sebuah lagi treler di Kilometer 424.7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dari Bukit Tagar menghala ke Bukit Beruntung pagi tadi.bukit
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 4.48 pagi.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori treler yang dipercayai berlanggar dengan bahagian belakang sebuah lagi treler.
"Pemandu treler yang berada di bahagian belakang cedera parah akibat tersepit.
"Mangsa yang dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya.
Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Saifudin berusia 30 tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!