Pasar ikan terbiar nyaris terbakar

Anggota bomba membuat pemeriksaan dan memadam sepenuhnya kesan kebakaran terbabit.
Anggota bomba membuat pemeriksaan dan memadam sepenuhnya kesan kebakaran terbabit.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab membakar longgokan sampah dan tilam lama dalam sebuah pasar ikan terbiar nyaris membakar bangunan itu malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd Faisal Jumari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.06 malam dan sebuah jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai Komander Operasi, Roslan Asri.

Menurutnya, pasukan bomba sukarela tiba dahulu di lokasi kejadian dekat Sungai Buloh, Jeram dan melakukan kerja-kerja pemadaman selepas asap hitam kelihatan dalam bangunan pasar terbiar itu.

"Tiada struktur bangunan terbakar melainkan hanya sampah dan tilam. Kebetulan semasa kejadian pasukan bomba sukarela berhenti di sebuah kedai makan yang berada hanya 50 meter dari lokasi kejadian," katanya.

Mohd Faisal berkata, tiada sebarang kemalangan dan tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi semasa kebakaran itu berlaku.

"Pihak bomba mengambil masa selama 15 minit untuk memadam sepenuhnya api.

"Punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!