Jangan tutup operasi awal
Penolong Pengarah (Pengkuatkuasaan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis, Mohd Rizab Baharom berkata, ia bagi memastikan tiada unsur boikot.
Menurut beliau, pengusaha stesen turut tidak dibenarkan berbuat sedemikian demi memastikan bekalan minyak petrol serta diesel mencukupi menjelang 2019.
"Setakat ini, KPDNHEP Perlis ada menerima satu permohonan dari pengusaha stesen minyak untuk menutup operasi pada malam sambutan tahun baharu, namun permohonan itu ditolak mengikut Akta Kawalan Bekalan 1974.
"Jikalau ada mohon untuk tutup memang kita tidak benarkan dan KPDNHEP akan melihat sebab pengusaha stesen minyak mengambil tindakan sedemikian," katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, KPDNHEP Perlis telah melaksanakan pemeriksaan di kesemua 33 stesen minyak di seluruh negeri berkenaan.
Katanya, berdasarkan rekod, bekalan minyak adalah mencukupi di 29 daripada 33 stesen minyak di seluruh negeri yang diperiksa sejak dua hari lepas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!