Maharaja era perang pernah mahu suarakan rasa kesal tapi...

Maharaja Hirohito
Maharaja Hirohito
A
A
A

TOKYO - Maharaja era perang Jepun, Hirohito pernah berhasrat untuk menyuarakan kekesalan baginda terhadap impak Perang Dunia Kedua, namun dihalang bekas Perdana Menteri ketika zaman pemerintahannya, menurut media tempatan semalam.

Perkara itu didedahkan menerusi 18 buku nota ditulis Michiji Tajima, pegawai kanan di Agensi Hal Ehwal Istana memaparkan dialog antara baginda dan Hirohito antara tahun 1949 dan 1953.

Menurut kenyataan maharaja terbabit pada 1952,'Tidak kira apa jua, saya perlu lahirkan rasa kesal itu' yang dirancang akan dinyatakan menerusi ucapan yang menandakan kemerdekaan Jepun pada tahun tersebut.

Tetapi, Perdana Menteri, Shigeru Yoshida menentang rancangan itu dan memaklumkan tindakan itu sangat berbahaya kerana orang ramai akan beranggapan baginda bertanggungjawab memulakan perang.

Susulan itu, ungkapan kesal tersebut akhirnya dipadam daripada ucapan yang disampaikan Hirohito untuk meraikan perjanjian damai San Francisco pada 1951.

Baginda pernah berkhidmat sebagai Ketua Komander ketika Perang Dunia Kedua pada 1930-an dan 1940-an malah baginda juga menyerah kalah menerusi ucapan disiarkan radio pada 15 Ogos 1945 beberapa hari selepas Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.

Hirohito yang mangkat pada 1989 merupakan nenda kepada Maharaja Naruhito, 59, yang mengambil alih Takhta Chrysanthemum pada Mei lalu daripada ayahandanya, Akohito yang menjadi maharaja pertama di Jepun turun takhta dalam tempoh lebih dua abad.

Sehingga kini, ungkapan rasa 'kesal' tentang peperangan itu kekal menjadi perkara sensitif di Jepun. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!