Kereta terbakar, pemandu gagal dikesan
TEMERLOH - Sebuah kereta terbakar di Jalan Temerloh-Jerantut dekat Kampung Paya Keladan di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.29 pagi itu, kereta jenis Proton Wira itu terbakar 100 peratus dan tidak melibatkan sebarang nyawa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh,Penolong Penguasa Bomba, Syed Mohsen T Ismail berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian sebuah kereta jenis Proton Wira sedang terbakar hampir 90 peratus.
"Api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 7.12 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, ketika kejadian pemandu kereta tidak dapat dikesan.
"Maklumat orang awam memberitahu pemandu tiada di lokasi ketika kejadian berlaku," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!