Polis Hong Kong kantoi pukul suspek
HONG KONG - Dua anggota polis Hong Kong ditahan atas tuduhan menyerang selepas rakaman video menunjukkan mereka mengasari seorang suspek di sebuah hospital menjadi tular.
Klip yang diambil daripada rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di North District Hospital pada Jun lalu memaparkan dua pegawai lengkap dengan pakaian seragam memukul seorang lelaki berulang kali dengan menggunakan baton.
Difahamkan, tiada individu lain dalam bilik tersebut ketika kejadian itu berlaku selama beberapa minit.
Jurucakap Pasukan Polis Hong Kong mengesahkan lelaki berusia 62 tahun itu ditahan dan dibawa oleh pihak berkuasa di Jabatan Kecemasan dan Kemalangan (A&E) di hospital terbabit pada 25 Jun lalu.
"Lelaki itu didakwa berada dalam keadaan 'tidak stabil' dan 'berkelakuan menjengkelkan' hingga mengganggu pesakit lain. Dia kemudiannya dipindahkan ke sebuah bilik khas," kata John Tse.
Susulan kejadian itu, anak lelaki terbabit bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa dan siasatan kini sedang dijalankan.
"Kami sememangnya tidak bertolak-ansur dengan anggota yang melanggar undang-undang," tegasnya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!