Pengguna perlu hormati larangan, hak privasi negara, individu
PERKEMBANGAN teknologi dron yang menerima terlalu banyak publisiti dan penggunaannya yang meningkat menimbulkan rentetan spekulasi.
Ketua Pengarang mouthytech.com, Abu Bakar Mubarak berkata, pengguna dron perlu menghormati larangan dan hak privasi sesebuah negara dan individu.
"Secara dasarnya, para pengguna teknologi itu perlu memahami fakta penting bersabit dengan larangan dan norma yang ditetapkan memandangkan terdapat kesan positif dan negatif jika tidak dikawal,” katanya.
Antara kesan positif penggunaan dron seperti yang dikatakan olehnya ialah:
1) Dron lebih murah berbanding pembelian kapal terbang atau helikopter untuk pemandangan daripada arah udara.
2) Fungsi membunuh sama impak seperti kapal terbang yang boleh menyebabkan kemusnahan sekelip mata.
3) Penggunaan dron kurang berisiko kerana tiada pemandu untuk misi ketenteraan yang bahaya selain mampu terbang lebih rendah (luar radar) berbanding kapal terbang.
4) Dron dikatakan mempunyai ketepatan walaupun jarak jauh dan membantu mengurangkan kerosakan terhadap infrastruktur dan orang awam.
5) Dron mampu beroperasi dalam durasi yang lebih lama berbanding kapal terbang dan tidak timbul isu operator keletihan.
6) Penggunaan dron lebih berkesan untuk tujuan pengintipan dan dapat meningkatkan pengawasan dan kecerdasan tenter
Sisi keburukannya pula seperti:
1) Keupayaan terhad memandangkan dron tidak boleh bercakap dengan orang awam untuk mendapatkan maklumat perisikan secara terperinci dan tidak dapat mengesan kem pangkalan tentera.
2) Terlalu mudah untuk dikawal memandangkan dron sering dijadikan untuk permainan video dan peperangan sekali gus dikhuatiri mudah digodam.
3) Dron yang digunakan dalam serangan boleh menyebabkan kematian dan kehilangan harta dalam jumlah yang besar.
4) Penggunaan dron juga dikatakan mengganggu keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Pengendali dan juruterbang dron biasanya menyedari bahawa sukar untuk berubah dengan konvensional di antara dron mereka iaitu memerangi kehidupan profesional dan kehidupan peribadi sebagai orang awam.
5) Keadaan lebih teruk jika dron dirampas oleh musuh. Barangkali banyak maklumat terlerai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!