Pemandu lori maut
Mayat Azhar ditutup dengan kain, di hadapan Pasar Kedai Mulong, jam 9.25 pagi tadi.
A
A
A
Mangsa, Azhar Nafi, 47, cedera parah di kepala dan muka meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Nur Amelia Idayu Azhar dan penunggang motosikal lain, Mohd Amirul Hisyam Mohd Zaki, 23, mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu.
Berdasarkan maklumat awal, Azhar menunggang motosikal Honda EX5 bersama Nur Amelia Idayu dari arah Kota Bharu ke Pasar Kedai Mulong, cuba memasuki lorong kanan untuk ke pasar.
Setibanya di tempat kejadian, berlaku pertembungan dengan motosikal yang ditunggang oleh Mohd Amirul Hisyam.
Akibat perlanggaran tersebut, Azhar tercampak di tepi jalan arah bertentangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Daud mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!