Larangan kenderaan berat waktu puncak di Taman Templer Rawang

William (dua dari kiri) pada sidang media pemakluman larangan kenderaan berat pada waktu puncak di Jalan Kuala Lumpur-Tanjung Malim hari ini.
William (dua dari kiri) pada sidang media pemakluman larangan kenderaan berat pada waktu puncak di Jalan Kuala Lumpur-Tanjung Malim hari ini.
A
A
A

SELAYANG - Isu gangguan trafik disebabkan lori rosak di Taman Templer Rawang boleh dianggap selesai selepas pelaksanaan larangan kenderaan berat pada waktu puncak berkuatkuasa sejak 14 Ogos lalu.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, larangan itu melibatkan jarak sejauh lapan kilometer di Jalan Kuala Lumpur-Tanjung Malim bermula Caltex Selayang Pandang sehingga Rawang Bypass pada pagi (6.30- 9.30 pagi) dan petang (3.30-7 malam) di hari bekerja.

"Ia melibatkan kenderaan berat dengan muatan lima tan dan ke atas pada lorong dua hala itu.

"Sebelum ini masalah kesesakan trafik di kawasan itu sering dibangkitkan dan pernah dibawa ke Parlimen untuk cadangan pelebaran jalan dengan tambahan satu lorong.

"Namun, dengan keadaan kewangan negara yang terhad tidak memungkinkan cadangan pelebaran jalan dengan kos RM10 juta di bawah projek lorong mendaki sejauh satu kilometer itu dapat direalisasikan," katanya pada sidang media pemakluman larangan itu hari ini.

Jalan Kuala Lumpur-Tanjung Malim merupakan laluan yang kerap digunakan kenderaan berat ke kawasan industri Rawang dan Hulu Selangor.
Jalan Kuala Lumpur-Tanjung Malim merupakan laluan yang kerap digunakan kenderaan berat ke kawasan industri Rawang dan Hulu Selangor.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Mohd Sany Hamzan; ADUN Rawang, Chua Wei Kiat dan Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak, Som Pong Pichan.

Artikel Berkaitan:

William berkata, larangan kenderaan berat itu adalah langkah penyelesaian jangka masa pendek yang dirasakan sesuai untuk mengatasi kesesakan trafik di kawasan itu.

"Kenderaan berat menjadi perlahan ketika melalui jalan berbukit itu. Kawasan itu juga kerap berlakunya masalah lori rosak antara sebab kesesakan pada waktu puncak.

"JKR Gombak akan mula memasang papan tanda peringatan dalam masa terdekat. Permakluman penguatkuasaan larangan itu juga telah diedarkan kepada agensi-agensi berkaitan," katanya.

William (dua dari kanan) menunjukkan jalan yang dilarang dilalui kenderaan berat pada waktu puncak.
William (dua dari kanan) menunjukkan jalan yang dilarang dilalui kenderaan berat pada waktu puncak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!