Sebar fitnah berlaku tsunami

Mohd Nasri dakwa dikecam dan difitnah gara-gara video tersebut.
Mohd Nasri dakwa dikecam dan difitnah gara-gara video tersebut.
A
A
A

DUNGUN - Disebalik penularan video fenomena luar biasa air surut di Sungai Kuala Dungun, ada pihak tidak bertanggungjawab yang mengecam, malah menyebar fitnah mengatakan akan berlaku tsunami.

Pemuda berusia 22 tahun, Mohd Nasri Musa yang merakam video berkenaan melahirkan rasa kecewa apabila tujuannya berbuat demikian disalah erti, malah menimbulkan fitnah.

Menurutnya, tujuan sebenar dia merakam detik tersebut kerana ia kelihatan terlampau aneh dan jarang berlaku.

"Saya beranikan diri ke tengah pulau pasir untuk ambil video sebagai info semasa.

Kejadian aneh yang dirakam Mohd Nasri.
Kejadian aneh yang dirakam Mohd Nasri.

"Entah kenapa ia tular tetapi mungkin disebabkan kes tsunami di Indonesia.

"Ada pihak tidak bertanggungjwab sebar audio mengatakan akan berlaku tsunami disebabkan fenomena itu.

"Saya dikecam kerana info mengejutkan itu, sedangkan ada pihak yang cuba ambil kesempatan takutkan orang ramai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia berharap masyarakat tidak mengambil kesempatan dan menyebarkan berita tidak benar.

No Image Caption

"Saya sekarang difitnah bertalu-talu kerana video tersebut.

"Sedangkan video itu sekadar info semasa tetapi ada yang sebarkan info tidak betul dengan menokok tambah.

"Di dalam video berkenaan juga tiada sebut pasal tsunami tetapi info kejadian semata-mata," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!