Pusat dialisis akan dibina di Kemasik

Saiful Azmi (kanan) menziarahi pesakit kanak-kanak yang mendapat rawatan Pusat Kesihatan Rehabilitasi dan Hemodialisis Seberang Takir, Kuala Nerus Ahad lalu.
Saiful Azmi (kanan) menziarahi pesakit kanak-kanak yang mendapat rawatan Pusat Kesihatan Rehabilitasi dan Hemodialisis Seberang Takir, Kuala Nerus Ahad lalu.
A
A
A

KEMASIK - Sebuah pusat dialisis akan dibina di Kemasik dalam masa terdekat bagi meringankan beban pesakit buah pinggang untuk mendapatkan rawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, ia kerana pusat dialisis sedia ada terletak agak jauh dan membebankan pesakit yang terpaksa berulang-alik tiga kali seminggu.

“Rawatan dialisis pula bukannya murah, kos satu rawatan biasanya RM200 ke atas, jadi bayangkan berapa banyak yang perlu dihabiskan pesakit dalam sebulan.

"Jadi kita jangka jika siapnya pusat rawatan itu nanti, ianya dapat menjimatkan perbelanjaan rawatan pesakit dan mereka dapat menerima rawatan lebih baik dengan kebajikan lebih terjaga," katanya.

Menurutnya, beliau juga telah melakukan lawatan ke Pusat Kesihatan Rehabilitasi Dan Hemodialisis Seberang Takir, Kuala Nerus pada Ahad lalu.

Kata Saiful Azmi, kos membina sebuah pusat hemodialisis sangat mahal, namun pihaknya mengintai peluang untuk bekerjasama dengan orang persendirian atau individu, badan korporat dan juga pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu sendiri bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

“Turut bersama dalam lawatan ke Pusat Kesihatan Rehabilitasi dan Hemodialisis Seberang Takir adalah pihak Petronas.

“Mereka banyak menyumbang dalam menyediakan peralatan dan kelengkapan pusat dialisis itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!