Pemuda, Wanita Umno Tebrau mahu Perdana Menteri ambil tindakan

Pemuda, Wanita Umno Tebrau membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram di sini, hari ini.
Pemuda, Wanita Umno Tebrau membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram di sini, hari ini.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa mengambil tindakan serius terhadap Menteri Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.

Perkara itu didesak Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Tebrau yang mendakwa Waytha telah memburukkan Malaysia dengan kenyataan palsu dan fitnah kepada negara luar.

Ketua Pemuda Umno Tebrau, Fauzi Faizal berkata, perkara itu dilihat selepas tular satu rakaman video mengenai pemimpin itu dengan tidak bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur palsu dan fitnah di Belanda.

“Kenyataan dibuat itu mendakwa kerajaan menindas sebahagian kaum India di Malaysia dengan merobohkan kuil-kuil hindu dan menafikan hak asasi kaum itu.

"Sebagai rakyat Malaysia dan warga Tebrau, kami berkecil hati dengan kenyataan Moorthy yang seperti telah memburukkan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram di sini, hari ini.

Fauzi berkata, laporan polis itu dibuat kerana kenyataan menteri berkenaan yang disifatkan lansung tidak menghormati selain menuduh sewenangnya negara kini mengalami masalah hak asasi kaum yang kritikal.

"Perkara ini bukannya isu kaum semata-mata, tetapi isu nasional. Apa dia buat sekarang adalah telah memburukkan Malaysia di luar negara," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya turut menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain untuk terus menekan pemimpin itu dengan membuat laporan polis berkenaan video memburukkan negara yang tular itu.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!