Isu Gojek: Pengasas Dego Ride sifatkan keputusan kerajaan positif

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pengendali dan pengasas Dego Ride atau teksi motosikal, Nabil Feisal Bamadhaj menyifatkan keputusan kerajaan untuk membenarkan perkhidmatan tersebut sebagai perkara positif yang hebat.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas MyInteractiveLab Sdn Bhd berkata, pihaknya amat berbesar hati dan menghormati sokongan yang diberikan oleh kerajaan.

“Saya berasa rendah hati dan menghormati sokongan serta berita positif daripada semua menteri-menteri dan kementerian dalam inisiatif ini dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetuai perkara ini, terima kasih dari dasar hati saya untuk sokongan penuh bakat Malaysia," katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya.

Dego Ride diisytiharkan haram pada Januari 2017 pada zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN).

ARTIKEL BERKAITAN: GoJek bantu anak muda dapat peluang pekerjaan

Syed Saddiq berkata, keputusan Kabinet meluluskan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, GoJek akan memberi peluang untuk anak muda terutamanya 'Mat Motor' mendapatkan pekerjaan.

Menurutnya, ia juga dapat membantu masyarakat mendapatkan pengangkutan awam pada kos yang rendah tanpa perlu menghadapi kesesakan trafik yang teruk.

"Kita ikhlas ingin memastikan bahawa golongan 'Mat Motor' mendapat peluang pekerjaan puluhan ribu.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa yang sama kita ingin membantu pak cik dan mak cik yang mengendalikan warung sedia ada untuk menjual barang mereka melalui servis GoJek," kata Syed Saddiq dalam video dimuat naik di Facebook miliknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!