Titah Ucapan Diraja Sultan Nazrin tentang Islam dan Konfucianisme
KUALA LUMPUR - Berikut teks ucapan penuh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Dialog Peradaban Belia Malaysia-China Kedua Mengenai Islam dan Konfucianisme.
"SUMBANGAN ISLAM DAN KONFUCIANISME KE ARAH ETIKA ABAD KE-21”
1. Beta sukacaita dapat menyertai anda semua di persidangan ini. Walaupun ia dianjurkan oleh anggota-anggota lama dua universiti terkenal Malaysia dan China - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Peking University - acara hari ini sesungguhnya ditujukan kepada manfaat generasi kita akan datang, belia Malaysia and China. Selain itu, dialog peradaban ini meraikan ulang tahun ke-45 hubungan bilateral antara dua negara kita. Kita berada di sini untuk membicarakan sumbangan dua tradisi spiritual yang berbeza dan utama, Islam and Konfucianisme, ke arah etika abad ke-21. Beta menyanjungi dua persatuan alumni atas pemilihan tema persidangan ini yang menampilkan - sesungguhnya, meraikan - potensi bagi dialog dan kolaborasi antara agama, budaya dan komuniti yang berbeza.
2. Bagi beta, nampaknya, kita dalam banyak hal, secara ideal berhimpun untuk persidangan sebegini hari ini. Dari segi geografi, beta bangga Malaysia muncul sebagai sebuah multibudaya yang vibran, lokasi sesuai bagi dialog pelbagai agama dan kepercayaan. Sebenarnya dengan penduduk majoriti Islam dan penduduk minoriti Cina - masing-masing terdiri daripada kira-kira 61% and 25% - Malaysia sedang melaksanakan contoh pertukaran budaya ini. Di Malaysia, Muslim dan warga Cina - kumpulan kedua ini dengan warisan falsafah Konfucius yang berusia berkurun - wujud bersama, hidup dan bekerja bersama dengan pihak lain dari pelbagai latar belakang etnik dan kepercayaan. Dalam hal ini, persidangan hari ini berlangsung dalam suasana ideal untuk satu kolaborasi intelektual antara Islam dan Konfucianisme. Adalah menjadi harapan beta, Malaysia akan menampilkan hubungan harmoni antara dua tradisi agung ini untuk beberapa tahun, dekad dan abad akan datang.
3. Beta juga percaya, kini kita menjalani kehidupan dalam dunia yang semakin penuh pertikaian dan berpecah. Menurut Global Peace Index - satu ukuran harmoni antarabangsa yang diterbitkan badan pemikir, Institute for Economics and Peace - dunia kita sekarang kurang aman daripada 10 tahun lalu. Seseorang itu hanya perlu membaca akhbar sepintas lalu atau mendengar siaran tajuk berita untuk meyakini dakwaan seumpama ini. Negara-negara di seantero dunia sedang mengalami keganasan yang didorong oleh sikap tidak bertoleransi, kebencian kaum, budaya dan perbezaan agama. Kini kita semakin memerlukan dialog antarabangsa, antara budaya dan peradaban: kita perlu kembali kepada imej kegemaran beta - membina jambatan, di dalam dan di antara negara-negara seluruh dunia.
4. Kini, adalah adil untuk mengatakan bahawa sudah agak banyak kerja binaan jambatan dilakukan, tidak kurang oleh organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Satu contoh perdana dalam kurun kita sekarang, ialah inisiatif "Alliance of Civilizations” PBB, yang bermula pada 2005. Ini digerakkan sebagai menyanggah tesis "Clash of Civilizations" yang kontroversial oleh Samuel Huntington, yang mencadangkan agar Dunia Islam, China, dan kuasa-kuasa lain bukan Barat bergabung tenaga dalam konflik menentang Barat. The "Alliance of Civilizations”, sebagai respons, berusaha menggerakan kerjasama antarabangsa, antara budaya, dan antara agama, khususnya antara Barat dan dunjia Islam.
The "Alliance” disokong penuh oleh Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) - sebuah organisasi yang ketara menjadi patron Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - dan sokongan OIC itu sendiri menunjukkan potensi besar dan keazaman Islam untuk menyebarluaskan keamanan dan binaan jambatan seluruh alam jagat.
5. Bagaimanapun, dominan budaya dan politik bersejarah memberi erti bahawa selama beberapa dekad dan abad, fokus kepada binaan jambatan antarabangsa adalah antara Barat dan negara-negara dan budaya lain, seperti dengan projek "Alliance of Civilizations”. Ini sebaliknya bererti jambatan yang sama pentingnya yang perlu - dan wajar - wujud antara peradaban Timur sering dipinggirkan atau terlepas pandang. Kita sebenarnya, beta percaya sedang berada dalam anjakan besar atau pelebaran luar fokus. Seperti dicontohkan dengan karya sejarawan Oxford, Peter Frankopan, khususnya dalam buku terbarunya The New Silk Roads, tumpuan perhatian sejarah dunia kini sedang berlaku, menjadi semakin kurang dominasi Barat dan Eurocentric, dan lebih meminati terhadap negara dan budaya Timur.
6. Yang demikian, persidangan ini bertepatan pada masanya. Hari ini, kita datang berhimpun untuk membincangkan Islam bukan bersama kebudayaan dan kepercayaan Barat, tetapi sebaliknya bersama tradisi spiritual tertua di Timur. Ini adalah dialog antara budaya yang ramai - termasuk sarjana Harvard China tersohor, Profesor Tu Weiming - percaya memberi harapan besar bagi kebajikan masa depan kemanusiaan secara keseluruhannya. Beta perlu tegaskan, bahawa beta juga rasa amat optimistik tentang diaolog ini, dan potensinya untuk memberi sumbangan benar-benar positif ke arah etika Abad ke-21. Beta telah pun membayangkan bahawa kita sedang menghuni sebuah dunia dalam krisis, oleh itu, psersidangan hari ini sedia untuk meninjau bagaimana Islam dan Konfucianisme dapat membantu kita mengatasi cabaran-cabaran besar global ini.
7. Pada zahirnya, nampaknya terdapat banyak perbezaan ketara mengenai Islam dan Konfucianisme. Konfucianisme adalah satu daripada tradisi spiritual tertua dunia, bermula di China pada sekitar 500 BC, dengan ajaran ahli falsafah China Confucius. Menurut bandingan, Islam adalah agama baharu dunia, yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wassalam, pada abad ke-7, lebih seribu tahun selepas kematian Confucius.
8. Selain tarikh kelahiran mereka, satu lagi perbezaan utama antara Islam dan Konfucianisms ialah sejauh mana mereka boleh dianggap agama. Sepertimana ahli falsafah China terkemuka, Professor Chung-ying Cheng, tegaskan, sementara Islam agama yang teratur, Konfucianisme mungkin dianggap sebagai "unorganized non-religion”. Kini, tanpa perlu disebut, bagi sesetengah pengikut Konfucianisme, ini tidak demikian - dan sebenarnya malahan terdapat Gereja Holy Confucian ditubuhkan di China beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi tentunya tidak benar, sedangkan Islam tidak dirasukan sebuah agama tauhid terkemukan dunnia, identiti agama Konfucianisme kurang jelas.
9. Dan perkara ini membawa beta kepada poin perbezaan yang muktamad dan jelas: bahawa dari segi saiz, Islam hari ini mempunyai sekitar 1.8 bilion pengikut, terdiri daripada kurang sedikit suku jumlah penduduk dunia. Menurut perbandingan, ketika bilangannya lebih sukar dianggarkan, adalah dijangka kurang daripada 1% penduduk dunia adalah pengikut Konfucianisme hari ini.
10. Bagaimanapun, angka ini gagal menceritakan kisah sepenuhnya. Sementara sebilangan kecil orang boleh dikenalpasti sebagai "Confucian”, liputan budaya Konfucianisme jauh lebih luas. Adalah dianggarkan ia mempunyai beberapa bentuk pengaruh atas kehidupan lebih 1.6 bilion individu - atau 18% dari penduduk dunia - tinggal sebahagian besar di China, dan juga semenanjung Korea, Jepun, dan negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia. Oleh itu, Islam dan Konfucianisme adalah sama kerana kedua-duanya mempengaruhi kehidupan berbilion individu seluruh dunia.
11. Kedua-duanya, bagaimanapun, mengalami apa yang kita mungkin fikir sebagai tempoh perkembangan pesat kini. Penyelidikan oleh the Pew Centre di AS menunjukkan bahawa Islam sehingga ini merupakan agama paling cepat berkembang. Walaupun mungkin pada skala lebih kecil, Konfucianisme manakala itu sedang menyaksikan apa yang ramai dalam komuniti sarjana panggil satu ‘kebangkitan’, setidak-tidaknya di China.
Sesungguhnya, ramalan ramai ahli falsafah abad ke-19 dan 20, khususnya di Barat, tentang kemerosotan agama, adalah akibat peningkatan trend dalam kedua-dua Konfucianisme dan Islam hari ini. Jauh daripada "Gott ist tot” - "Kematian Tuhan”, bagi menyebut ungkapan terkenal Nietzsche - apa yang kita saksikan hari ini ialah kebangkitan semula agama dan spiritualiti, dan beta percaya ini tidak mengejutkan. Dalam tempoh sukar seperti yang kita lalui dalam kehidupan, kemanusiaan dahagakan kepercayaan, untuk panduan, dan bagi kewujudan komuniti yang boleh ditemukan daripada kepercyaan yang dikongsi bersama.
12.Bagi kesemua teologi yang seolah-olah kelihatan berbeza, satu perkara yang sama antara Islam dan Konfusianisme ialah kedua-duanya melihat agama tidak boleh dipisahkan dari politik dan etika. Perkara ini dinyatakan beberapa kali pada persidangan yang dianjurkan buat kali pertama mengenai Islam dan Konfusianisme, yang dihoskan oleh “Pusat Dialog Peradaban” Universiti Malaya, kira-kira 20 tahun lepas. Sebagai contoh di persidangan ini, Professor Tu Weiming bercakap mengenai bagaimana “ketidakbolehpisahan antara kepimpinan politik dan pihak penyelia moral merupakan satu idea “yang dikongsikan oleh dua tradisi”. Beliau menjelaskan bagaimana dua tradisi ini menetapkan garis pemisah antara “penyembuhan dan perkembangan spiritual seseorang individu” dan “memberi khidmat kepada badan politik” dan mencadangkan “seorang pemimpin spiritual juga merupakan seorang ahli politik berpengaruh dalam Konfusianisme dan Islam, dalam terma menyediakan satu “standard inspirasi” kepada rakyat dan negara.
13. Dalam erti kata lain, kedua-dua Islam dan Konfusianisme akan mencadangkan pendekatan spiritual dan bukannya sekular, bagi menangani krisis-krisis walaupun ianya sering dilihat sebagai sesuatu yang melampaui batas agama, seperti ekonomi atau perubahan iklim. Dengan pemahaman ini Beta mahu untuk menggunakan bahagian selanjutnya dalam ucapan Beta berkongsi pandangan awal mengenai cara Islam dan Konfusianisme berkemungkinan boleh menyumbang kepada tradisi etika global masa kini. Banyak tema dan idea yang Beta sentuh tidak dapat dinafikan untuk dikaji dengan lebih menyeluruh dan lebih mendalam dalam kertas-kertas persembahan lain di sepanjang dua hari persidangan ini.
14. Pertamanya, Beta ingin mencadangkan beberapa cara bagaimana Beta lihat Islam dan Konfusianisme menghadapi satu isu global yang dekat di hati Beta: iaitu perubahan iklim. Kita kini berada di ambang suatu keadaan yang diungkapkan orang ramai sebagai ‘cuaca darurat’ - satu ‘cuaca darurat’ telahpun diisytiharkan melanda beberapa negara seperti Kanada dan United Kingdom. Suhu global kini meningkat pada kadar yang tidak pernah berlaku, disebabkan pelepasan gas rumah hijau, yang terhasil akibat pembakaran bahan api fossil. Ini membawa maksud pencairan ais di kutub dan peningkatan paras laut; sebagai contoh, saintis iklim, menganggarkan bahawa kebanyakan glasier Himalaya di bahagian tengah dan timur akan hilang keseluruhannya pada tahun 2035. Perubahan iklim bersama aktiviti manusia seperti penebangan hutan, juga mempunyai kesan buruk kepada biodiversiti, dengan Dana Hidupan Liar Dunia (WWF) menganggarkan bahawa kadar kepupusan spesies adalah sekurang-kurangnya 1,000 kali lebih tinggi daripada kadar kepupusan semula jadi - iaitu kadar tanpa kerosakan yang dilakukan manusia terhadap bumi. Bulan lepas, Julai 2019, disahkan sebagai bulan terpanas direkodkan, dan beberapa saintis iklim menganggarkan kita mempunyai masa hanya 18 bulan, bagi mengambil tindakan sebelum kerosakan mencapai tahap tidak boleh diperbaiki, bumi kita kini sangat memerlukan satu etika pemerintahan baharu.
15. Sekiranya kita mendalami apa yang dititipkan Islam dan Konfusianisme, kedua-duanya mengajar pengikut masing-masing mengenai kepentingan menggalas tanggungjawab besar untuk menjaga bumi dan pelbagai kehidupan. Dalam Islam, manusia adalah Khalifah Allah - wakilnya di muka bumi - diperintahkan untuk menjaga dan mengawasi ciptaanNya. Konsep yang sama mengenai pengawasan manusia di bumi ini, dan hubungan rapat kita dengannya, yang dinyatakan oleh pengikut utama Konfusius yang berkata “Syurga, Bumi dan manusia adalah asas bagi semua makhluk. Syurga lahirnya mereka, Bumi memelihara mereka dan manusia melengkapkannya”.
16. Apa yang saya dapati menarik mengenai falsafah ini, di luar idea tanggungjawab manusia untuk muka bumi, ialah pengertian yang menyebarkan segala sesuatu di bumi ini yang berkatian dengannya. Malah, pengajaran Konfusian ini telah diterangkan oleh ahli falsafah Islam lama seperi Ibnu Khaldun (1406 masehi) yang mengajar: “kesemua yang diciptakan adalah tertakluk kepada satu sistem yang teratur. Sesuatu yang berlaku adalah berkaitan dengan penyebab di mana setiap satu adalah terhubung antara satu sama lain dan sesuatu perubahan akan mengubah sesuatu yang lain dalam corak yang sama-sama menakjubkan dan tiada pengakhiran”. Untuk sekian lamanya manusia hanya berfikir mengenai diri mereka, tanpa menyedari jika kita tidak memelihara bumi, maka bumi tidak akan menjaga kita. Hanya kini realiti yang nyata dan fakta sebenar mula terlihat, dengan hanya dua minggu lepas, laporan Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim, mengisytiharkan perubahan iklim kini mengurangkan keupayaan Bumi untuk menyokong kehidupan manusia. Oleh itu inti pati mesej disampaikan menerusi pendidikan Islam dan Konfusianisme yang Beta kongsikan sebentar tadi, telah memberikan satu peringatan penting: kita semua hidup dalam satu hubungan simbiotik dengan Bumi, dan kini kita perlu menjaganya dengan baik, sebelum ia berhenti menjaga kita.
17. Kedua-duanya dalam Islam dan Konfusianisme, maka kita akan menemui asas kepada etika kelestarian alam sekitar. Malah sebelum ini Beta pernah bercakap, mengenai ketersamaan antara pengajaran Islam dan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa Bersatu atau SDG. Sebagai contoh Al-Quran menyebut mengenai kepentingan air dalam kehidupan, dengan menyatakan “Kami buat kesemua kehidupan daripada Air”, perkara ke-6 SDG dan ke-14 keduanya menyatakan kepentingan untuk mendapatkan air yang bersih dan memelihara laut dan lautan. Tidak sukar juga untuk kita melihat ketersamaan antara SDG dan Konfusianisme. Sebagai contoh matlamat SDG ke-12 menegaskan kepentingan Ketanggungjawaban Pengambilan dan Pengeluaran”. Tidakkah ini apa yang dinyatakan dalam ungkapan, dinyatakan Konfiusius dari Book of Rites: “to fell a single tree or kill a single animal not at the proper season contrary to filial piety?” Dunia kita sebenarnya terdesak dan memerlukan pendekatan beretika seperti ditekankan oleh pendidikan Islam dan Konfusianisme mengenai tugas manusia terhadap penjagaan bumi. Beta melihat ini adalah nadi sumbangan sebenar yang diketengahkan oleh kedua-dua tradisi rohani ke atas pembentukan etika global abad ke-21.
18. Satu lagi aspek yang Beta ingin sentuh secara ringkas ialah mengenai potensi Islam dan Konfusianisme dalam memacu usaha membasmi kemiskinan. Walaupun mengikut statistik Bank Dunia penyusutan dalam kadar kemiskinan tegar sejak abad ke-20, kira-kira 10 peratus atau 780 juta individu daripada keseluruhan populasi global masih merekodkan pendapatan harian di bawah AS$1.90. Kadar pengurangan kemiskinan juga semakin perlahan. Islam dan Konfusianisme mengajar pengikutnya mengenai keperluan berkongsi kekayaan bagi menampung kehidupan individu yang memerlukan, selain meletakkan nilai sosial melangkaui kepentingan menjana kewangan. Seorang ahli Konfusian terkenal berkata sebagai contoh, “lelaki unggul memikirkan kebaikan”, sementara lelaki yang lemah, hanya memikirkan keuntungan”. Sementara dalam Islam, zakat merupakan salah satu daripada Rukun Iman. Pemberian amal bukan sekadar sesuatu yang hanya digalakkan kepada umat Islam; tetapi ia sesuatu yang melengkapkan diri dalam mengikuti cara kehidupan seorang Islam. Dalam usaha membina sebuah dunia di mana kekayaan dikongsi lebih adil, di mana masyarakat lebih mementingkan untuk memberi daripada untuk menyimpan dan mendapatkan, kita boleh melihat kepada kedua-dua tradisi spiritual ini sebagai panduan etika.
19. Bagaimanapun mungkin satu sumbangan lain dan dikatakan paling singnifikan oleh Islam dan Konfusianisme untuk etika dalam abad ini merupakan persamaan dalam mengalakkan toleransi, penerimaan dan kemasyarakatan. Dalam kedua-duanya, terdapat istilah yang penting untuk saling memahami dan harmoni, yang tentunya akan dapat membantu perbincangan yang produktif antara negara dan manusia yang diperlukan pada masa ini. Bukanlah satu kebetulan bahawa Islam dan Konfusianisme mempunyai sejarah yang panjang dalam dialog yang produktif dan dihormati. Sama seperti kedua-duanya wujud di Malaysia dan banyak negara-negara lain hari ini, maka mereka telah hidup bersama-sama untuk berabad-abad, terutamanya di China. Seperti pada abad ke-13, terdapat seorang Gabenor beragama Islam bersama-sama penasihat Konfusian dalam pentadbiran Kublai Khan. Pada abad ke-17, seorang Ilmuan Islam terkenal, Wang Daiyu telah menghasilkan beberapa penulisan Islam yang terkenal dalam bahasa China, menggunakan konsep diambil daripada Konfusianisme bagi menyatakan dan memperjelaskan teologi Islam. Terdapat sejarah perdagangan yang aman dan panjang antara Kesultanan Melayu Islam dan Dinasti Ming Konfusian; dengan contoh terbaik pengembaraan Laksamana Cheng Ho. Kedua-duanya, Islam dan Konfusianisme - telah menikmati selama berabad lamanya hubungan yang harmoni dalam pertukaran dan kerjasama. Ini sebahagiannya kerana, seperti yang kita lihat, walaupun terdapat banyak perbezaan, kedua-duanya berkongsi beberapa perkara utama dalam penumpuan dan persamaan. Ketersamaan mereka yang paling utama adalah kepercayaan terhadap menunjukkan toleransi dan penerimaan yang sebenar terhadap orang lain.
20. Dalam dunia yang semakin berpecah dan bertikai, kedua-dua Konfusianisme dan Islam menggalakkan kita, sebagai manusia, untuk mengenali apa yang kita suka terhadap orang lain dan untuk menghormati - berbanding untuk tidak saling mempercayai atau menolak - sebarang perbezaan. Sepotong ayat Al-Qur'an yang bermaksud "Hai manusia! Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal”. Kami diminta berhubung dengan yang lain, untuk mencari titik perhubungan walaupun dalam keadaan kelihatan berbeza. Sementara itu, dalam satu ungkapan yang berkongsi banyak sentimen ini seorang Confusian yang terkenal mengatakan, "Dalam keadaan biasa lelaki adalah sama. Melalui amalan mereka jauh berbeza". Kedua-dua tradisi rohani ini menawarkan suatu etika mengeratkan perhubungan yang sangat diperlukan pada abad ke-21, bagi mewujudkan sebuah komuniti global sebenar di mana kita boleh akui sebenarnya kita adalah lebih banyak serupa dari berbeza, dan sebarang perbezaan harus diterima baik dan bukannya ditakuti. Nampaknya sangat tepat sekali pembinaan perhubungan ini bukan sahaja dituntut oleh satu agama, tetapi oleh dua sistem kepercayaan utama dunia dan falsafah yang diperbincangkan antara satu sama lain.
21. Hari ini, China - tempat kelahiran Konfusianisme - adalah negara kepada minoriti Muslim yang besar. Selain bersempadan dengan Asia Tenggara, satu rantau yang mempunyai populasi Islam yang besar, China juga mempunyai hubungan politik, ekonomi dan budaya dengan negara-negara Islam di seluruh dunia. Dalam masa yang sama, terdapat ramai kaum etnik Cina - sebahagian besarnya dipengaruhi oleh Konfusianisme - hidup sebagai warganegara di kebanyakan negara Islam di Asia Tenggara, terutamanya Malaysia dan Indonesia. Bagaimana kedua-dua budaya dan tradisi berinteraksi akan memberikan kesan meluas, bukan hanya untuk masa depan Asia Tenggara, tetapi keamanan dan kemakmuran di seluruh dunia. Atas sebab-sebab ini, saya percaya ia adalah tepat pada masanya bahawa kita semua mengikut Islam dan Konfusianisme dan sumbangan yang dibuat kepada tradisi etika dalam abad baru ini.
22. Sebagai pengakhiran, Beta berharap anda semua akan melalui masa yang produktif dan penuh dengan ilmu pada persidangan dua hari ini. Beta percaya bumi kita terdapat banyak perkara baik dan boleh dipelajari untuk kebaikan bumi kita daripada dialog kolaborasi antara Konfusianisme dan Islam, sama seperti dua tradisi ini belajar dan mengetahui antara satu sama lain. Seperti seorang Ilmuan Islam China, Jin Tianzhu berkata,” mereka yang belajar buku-buku Islam dan mengabaikan tulisan Konfusian tidak mungkin dapat memahami kebenaran dan juga sebaliknya. Kita mesti tahu kedua-duanya". Dan, atas semangat ini untuk mencari "Kebenaran" - apa yang disebut orang Islam, "haqiqa" - terdapat kata-kata sepotong hadis, di mana Nabi Muhammad Sallallahu 'alayhi wassalam menggalakkan kita untuk "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China! "[ين الص ب لو لم و وا الع ب ل ط ا [ sementara Hadis lain menyatakan, [لح ة ا كم ن ضالة م ؤ م ل ا" [ Kebijaksanaan adalah harta yang hilang dari orang percaya, biarlah ia menuntutnya di mana sahaja ia mendapat". Beta berharap, dalam menyediakan platform untuk berkongsi dan mencari kebijaksanaan hari ini, persidangan ini mungkin dapat menyumbang kepada etika untuk abad ke-21, bagi memacu dan membimbing dunia kita melalui pelbagai cabaran yang akan datang. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!