Stesen minyak seluruh Pasir Mas dipantau
RANTAU PANJANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Pasir Mas membuat pemantauan berterusan di semua 16 stesen minyak di sini termasuklah Rantau Panjang bagi memastikan bekalan bahan api sentiasa cukup.
Ketua Cawangannya, Izani Abdul Latif berkata, pemantauan itu dilakukan selepas timbulnya ura-ura keengganan pengusaha stesen minyak menambah simpanan dalam tangki menjelang penghujung bulan ini.
"Semua ini timbul selepas kerajaan mahu melaksanakan semua langkah mengapung semula harga bahan api petrol dan diesel secara mingguan," katanya.
Terdahulu, beliau bersama anggota mengadakan pemeriksaan stok simpanan minyak di salah sebuah stesen di sini hari ini.
Menurutnya, KPDNHEP Pasir Mas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha stesen yang didapati melanggar peraturan berkaitan stok penyimpanan minyak.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!