Misha Omar terharu anak sulung sudah Tingkatan Satu
PADA katika ini golongan ibu bapa sibuk membuat persiapan persekolahan anak masing-masing kerana sesi persekolahan bakal bermula tidak lama lagi.
Pelbagai gelagat dirakamkan keluarga masing-masing sepanjang persiapan membeli kelengkapan sekolah.
Malah, ada juga pelajar yang sudah memulakan sesi orientasi sebelum bermulanya sesi persekolahan awal tahun.
Tidak terkecuali, penyanyi Misha Omar, yang turut berkongsi momen-momen indah menyiapkan anak sulungnya, Muhammad Adam Emir untuk memulakan alam persekolahan di tingkatan satu.
"Orientasi Muhammad Adam Emir di sekolah menengah. Hari ini dari atas ke kaki Abah yang siapkan Adam.
"Bergenang airmata Ibu tengok 'scene' mereka berdua pagi ni bila Adam belum pandai ikat tali kasut sendiri," tulis Misha terharu.
Di sebalik momen manis itu, terselit juga komen kurang enak mempersoalkan punca anaknya tidak tahu mengikat tali kasut. Namun dibalas kembali Misha dengan penuh sopan.
"Biasalah budak-budak. Masa sekolah rendah dia pakai kasut zap zap strap tu. Tak pernah pakai kasut bertali.
"Kalau keluar pun dia pakai sandal, tak suka pakai kasut," jawab Misha.
Malah para peminat turut meninggalkan pelbagai komen mereka.
"Samalah...anak kakak, Tingkatan 2 baru betul-betul pandai putar belit tali kasut itu... Kalau tak terburaiii saja tali kasut nya... Normallah budak-budak membesar dengan kasut 'zapp zapp itu," tulis roslidaramlee.
"Alhamdulilah... Semoga Adam menjadi anak dan hamba ALLAH yang soleh, amin," tulis aizarazak.
"Sudah besar Adam, semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa membuat ibu abah bangga dengan Adam. Tersentuh tengok keakraban kaluarga kakak," tulis etamiera.
"Semoga Adam kenang saat ini sampai bila-bila dan sentiasa mendoakan abah dan bondanya amin," tulis onenonly57.
"Subhanallah... Anak ini sudah besar. Cepat betul masa berlalu," tulis eimawatie.
Komen peminat buat Misha terharu membaca komen-komen peminatnya itu.
"Kenapa kita nangis baca komen-komen dekat sini harini? Hati tisu... Adam sangat istimewa kepada kami. Tempat Saya belajar jadi mak dan tumpang kasih sayang dia sebag anak," tulisnya lagi.
Sedia maklum, Muhammad Adam Emir merupakan anak angkat yang dijaga sejak bayi lagi, selain itu turut mempunyai seorang lagi anak angkat, Humaira Lateefa, 7 dan anak kandung, Muhammad Idris Ezzwa yang berusia dua tahun
Misha atau nama penuhnya, Samihah @Aisah Omar mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firoz Ezzwan Rossly pada 2014.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!