Nepal larang plastik sekali guna mulai 2020
KATHMANDU - Pihak berkuasa Nepal melarang penggunaan plastik sekali guna di kawasan pergunungan Everest sebagai usaha untuk mengurangkan sisa sampah yang ditinggalkan para pendaki.
Larangan ke atas plastik dan botol kurang daripada 30 mikron itu akan berkuat kuasa di Majlis Perbandaran Khumbu Pasang Lhamu bermula Januari depan.
Bagaimanapun, ia tidak menyatakan bentuk denda yang akan dikenakan terhadap pesalah.
"Langkah ini untuk memastikan kawasan pergunungan Everest kekal bersih untuk tempoh jangka masa panjang," katanya.
Sebelum ini, pihak berkuasa mengutip 11 tan sisa sampah dari kawasan puncak tertinggi di dunia itu. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!