GPMS Kuala Kedah gesa siasat Dong Zong

Amirul Syahir (dua dari kiri) bersama beberapa ahli GPMS Cawangan Kuala Kedah membuat laporan polis terhadap Dong Zong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.
Amirul Syahir (dua dari kiri) bersama beberapa ahli GPMS Cawangan Kuala Kedah membuat laporan polis terhadap Dong Zong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) Cawangan Kuala Kedah membuat laporan polis terhadap Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong) atas sikap pertubuhan itu yang secara jelas menghasut, membudayakan persepsi negatif dan mengganggu gugat keharmonian kaum di negara ini.

Yang Dipertuanya, Amirul Syahir Musa berkata, pihaknya merasakan pertubuhan tersebut terus menerus memberi persepsi salah atas usaha dan dasar kerajaan khusus melibatkan isu seni khat dan tulisan jawi.

Menurutnya, GPSM turut menyifatkan tindakan beberapa pertubuhan Tionghoa dan Tamil mengumpul tandatangan bagi mendesak kerajaan menarik balik keputusan memperkenalkan seni khat dan jawi sebagai tidak wajar.

"Kita rasa kenyataan dan gambaran diberikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya memperjuangkan isu pendidikan itu adalah berunsur provokasi keagamaan.

"Hakikatnya, tulisan jawi sendiri merupakan sebahagian daripada nilai warisan Melayu yang sudah lama bertapak di tanah air," katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

Justeru kata Amirul, pihaknya memohon siasatan dilakukan terhadap Dong Zong kerana dikhuatiri akan mengakibatkan ketegangan kaum jika tidak ditangani dengan sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!