Keputusan SPM Ulangan 2019 Rabu depan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2019 membabitkan 9,827 calon akan dikeluarkan pada 28 Ogos ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, calon akan dimaklumkan mengenai keputusan masing-masing melalui pos atau mendapatkannya dengan menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar.

Keputusan juga boleh disemak melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan atau melalui mySMS 15888 yang akan diaktifkan mulai 10 pagi 28 Ogos dan tamat pada 6 petang, 3 September ini.

Peperiksaan ulangan SPM 2019 diadakan di 203 pusat peperiksaan melibatkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!