Perkhidmatan internet di Papua diputuskan

Kumpulan protes di Bali mengutuk keganasan yang tercetus di Papua.
Kumpulan protes di Bali mengutuk keganasan yang tercetus di Papua.
A
A
A

MANOKWARI - Indonesia memutuskan perkhidmatan internet di Papua dan Papua Barat selepas menghantar kira-kira 1,500 anggota keselamatan tambahan dalam usaha untuk mengawal situasi di wilayah bergolak itu.

Jurucakap Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Ferdinandus Setu hari ini memaklumkan data komunikasi telah ditutup sejak semalam sehingga situasi kembali normal.

Polis menghantar 1,200 anggota manakala tentera mengerahkan 300 anggota ke tiga daerah paling terjejas akibat rusuhan ganas di Papua Barat pada Isnin lalu.

Sehingga kini, tiada kematian dilaporkan sepanjang protes yang berlarutan selama tiga hari di wilayah terbabit.

Rusuhan ganas itu tercetus selepas rakaman video memaparkan anggota keselamatan menghina pelajar Papua di Surabaya dengan panggilan 'monyet' dan 'anjing' menjadi tular.

Kumpulan penunjuk perasaan yang berang turut membakar bangunan Parlimen dan membakar kenderaan di Manokwari. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!