Gojek: Kematian libatkan pengguna motosikal masih tinggi

Law Teik Hua
Law Teik Hua
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaksanaan Gojek di negara ini tidak sesuai kerana perkhidmatan itu dilihat bertentangan dengan polisi nasional berkaitan isu keselamatan jalan raya.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua, kerajaan sewajarnya menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Kalau lihat balik, 60 peratus kematian adalah melibatkan pengguna motosikal. Jadi saya fikir ia akan menarik lebih ramai pengguna motosikal yang akhirnya angka kematian di jalan raya semakin meningkat.

"Jika Gojek dilaksanakan, kita macam menentang polisi pengangkutan awam. Saya faham kerajaan hendak menyediakan peluang pekerjaan, tapi saya fikir perkhidmatan ini bukan satu kaedah yang terbaik," katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof memberitahu bahawa jemaah menteri memutuskan kajian dari sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.

Beliau berkata, keputusan dibuat supaya Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan tanggungjawab mewujudkan ruang serta undang-undang untuk Gojek.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!