Banduan keempat di Texas jalani hukuman suntikan maut

Larry Swearingen disabit bersalah membunuh pelajar kolej berusia 19 tahun pada 1998.
Larry Swearingen disabit bersalah membunuh pelajar kolej berusia 19 tahun pada 1998.
A
A
A

WASHINGTON - Seorang lelaki menjadi banduan keempat di Texas, Amerika Syarikat (AS) menjalani hukuman suntikan maut tahun ini.

Larry Swearingen yang disabit bersalah menodai dan mencekik seorang pelajar kolej berusia 19 tahun menjalani hukuman itu semalam.

Jabatan Kehakiman Jenayah Texas dalam satu kenyataan berkata, Swearingen disahkan mati pada jam 6.47 pagi (waktu tempatan) di Penjara Huntsville.

Menurut media AS, Swearingen mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan peguamnya memberitahu asid deoksiribonukleik (DNA) yang ditemukan di bawah kuku mangsa bukan milik lelaki berusia 48 tahun itu.

Swearingen disabit bersalah pada 2000 kerana membunuh Melissa Trotter.

The Houston Chronicle melaporkan, Trotter kali terakhir dilihat bersama Swearingen pada 8 Disember 1998 iaitu hari dia dilaporkan hilang.

Mayat gadis itu ditemui seminggu kemudian oleh sekumpulan pemburu di kawasan hutan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!