Ribut petir landa KL, Selangor hingga Rabu depan

Ribut dijangka melanda di beberapa kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sehingga Rabu depan.
Ribut dijangka melanda di beberapa kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sehingga Rabu depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Keadaan cuaca di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor diramal ribut petir di beberapa kawasan sehingga Rabu depan.

Menerusi kemas kini maklumat di laman sesawang rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), ribut petir diramal berlaku pada waktu petang di daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Bagaimanapun, tiada hujan diramal berlaku di tiga kawasan tersebut.

Bagi Kuala Lumpur, ribut diramal berlaku pada waktu petang sehingga Rabu depan.

Manakala Putrajaya pula dijangka ribut petir pada waktu petang dan cuaca diramalkan baik pada hari Sabtu dan Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!