Gojek usaha PH raih undi anak muda

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengenalan teksi motosikal, Gojek yang digerakkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa bertujuan meraih undi anak muda yang kini dilihat tidak lagi menyokong Pakatan Harapan (PH).

Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail mendakwa, anak muda di negara ini mahukan platform kerjaya yang baik dan bukannya hanya mengharapkan gaji kecil serta tidak tetap seperti penunggang Gojek.

"Kabinet kena tarik balik sokongan terhadap pengenalan Gojek, sebab ia jelas menampakkan ketandusan PH untuk mendapat pengundi muda.

"Kelulusan Gojek berkaitan politik, Syed Saddiq buat macam itu sebab dia dah tak diterima oleh anak muda, perkenalkan Gojek dengan harapan anak muda kembali sokong PH," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shamsubahrin juga memberi peringatan kepada kerajaan, sekiranya komited melaksanakan Gojek, kumpulan pemandu teksi akan berkempen untuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!