Salah saya sendiri: Fattah Amin

Pelakon, Fattah Amin
Pelakon, Fattah Amin
A
A
A

PELAKON popular Fattah Amin, 29, berkongsi mengenai pergelangan kakinya yang terseliuh akibat terpijak batu ketika menjalani penggambaran filem Deleted, Isnin lalu.

Jelasnya takut kalau ada orang yang pelik apabila buat kemunculan di KLFW 2019 dengan kaki yang terhincut-hincut.

"Sebenarnya salah saya sendiri ketika scene kejar mengejar saya tersalah pijak batu dan pergelangan kaki saya terseliuh.

"Nak diikutkan berjalan pun saya tak boleh sebab terlalu sakit.

"Jadi, saya hanya makan ubat penahan sakit untuk membolehkan saya berjalan di pentas KLFW memandangkan ini kali pertama jenama saya sendiri, Fattastic muncul di KLFW," ujarnya ketika ditemui selepas slot isterinya Fazura, Fazbuluos.

Menariknya pada pertunjukan fesyen yang mengangkat tema Gang 75, Fattah muncul di hadapan pentas dan bergaya bersama sebuah motor berkuasa tinggi sebelum disertai Fazura yang muncul dari belakang pentas.

Terdahulu, Fazura turut mengalunkan lagu terbaharunya, Can't Forget Me ketika berjalan menuju ke arah suaminya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!