Mentaliti kelas tiga di Malaysia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEMUA orang mahukan kehidupan serba moden yang lengkap dengan prasarana canggih dan sofistikated. Malangnya, tidak semua orang sedang menuju ke arah kehidupan tersebut.

Tengok sahaja cara hidup harian kita hari ini, rata-ratanya sedang bergerak ke belakang. Masih di takuk sama kerana sering mengabaikan perkara asas terutamanya berkaitan dengan kebersihan dan penjagaan harta awam.

Sebahagian besar daripada kita dilihat masih melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pihak tertentu dengan alasan bukan kerja mereka ataupun ada orang lain yang akan menjaganya.

Sebagai contoh, tengok sahaja apa yang berlaku terhadap mesin juruwang automatik (ATM) di sekeliling kita. Banyak kertas semakan baki akaun bertaburan di lantai dan atas mesin itu sendiri. Padahal sudah disediakan tong sampah kecil di sisi mesin berkenaan, namun masih ada orang yang tidak mahu menggunakannya.

Perkara tersebut jelas bertentangan dengan ciri-ciri rakyat di negara maju iaitu bertanggungjawab, mempunyai kesedaran sivik dan mempunyai pengawasan yang minimum.

Kalau beginilah sikapnya, maka sukar Malaysia untuk bergerak maju ke hadapan dan menyediakan lebih banyak kemudahan demi kepentingan awam.

Malah, polisi pembangunan negara juga banyak yang akan tergendala kerana kerajaan sibuk membuang masa menjaga, membaiki kerosakan dan mengawas pergerakan setiap rakyatnya.

Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata, Malaysia mempunyai fasiliti bertaraf dunia kelas pertama tetapi malangnya rakyatnya masih mempunyai mentaliti kelas ketiga.

Artikel Berkaitan:

Kata-kata tersebut dipercayai diucapkan kerana beliau kecewa dengan sikap segelintir rakyat yang enggan menjaga dengan baik ketika menggunakan prasarana disediakan kerajaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!