BN Pahang akan adakan perbincangan lanjut

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - BN Pahang akan berbincang segera bagi menentukan tindakan selanjutnya berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini yang memutuskan Datuk C Sivarraajh hilang kelayakan bertanding pada PRK Parlimen Cameron Highlands yang dijadualkan 26 Januari ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perbincangan akan melibatkan kepemimpinan BN pusat termasuk Sivarraajh sendiri.

“Saya agak sedih dan kecewa dengan keputusan ini memandangkan Sivarraajh seorang Ahli Parlimen yang bagus sepanjang berkhidmat selepas menang pada PRU14, 9 Mei lalu.

“Dengan keputusan SPR pada hari ini, saya perlu berbincang dengan kepemimpinan BN Pusat dan Sivarraajh bagi menentukan tindakan selanjutnya," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau percaya semangat kerja jentera pilihan raya BN tidak akan luntur dengan keputusan SPR itu sebaliknya ia akan lebih membara dan menerimanya sebagai satu cabaran besar yang perlu ditangani dan diatasi dengan sewajarnya.

“Saya percaya, apa juga keputusan yang akan diambil kepemimpinan BN Pusat dan negeri serta Sivarraajh sendiri akan diterima dengan berlapang dada oleh jentera parti.

"Jentera BN akan bekerja lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan BN pada PRK Parlimen Cameron Highlands nanti," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!